CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, April 10, 2009

HARI PERTAMA SEKOLAH.

Pada 3 Januari 2009, saya pergi ke sekolah. Saya beratur bersama kawan saya. Saya masuk 1 Cemerlang. Selepas itu saya ke 1 Bijaksana. Saya bertukar ke kelas 1 Cerdik pada hari kedua. Guru kelas saya ialah Cikgu Jarina. Saya dilantik sebagai Ketua Kelas 1 Cerdik ....Saya sangat gembira kerana ada ramai kawan baru. Saya juga pergi ke sekolah agama pada waktu petang. Bila balik saya rasa penat.

Monday, December 29, 2008

Konvokesyen Tadika KEMAS Negeri Melaka


Hari Konvokesyen Tadika Kemas Negeri Melaka telah diadakan di Seri Negeri,Melaka. Murid-murid yang cemerlang dalam pelajaran hadir untuk mendapat hadiah di sana. Isteri Ketua Menteri Melaka menyampaikan hadiah kepada saya. Saya sungguh gembira.

Thursday, December 25, 2008

Hari Potensi Peringkat Negeri Melaka

Pada 19 July, saya dan kawan - kawan telah mempersembahkan lakonan kami di Rumah Media, Ayer Keroh.Kami mewakili Dun Bukit Katil. Walaupun tidak menang, kami sangat seronok. Lihatlah video nyanyian lagu sang harimau.

video

Ini pula gambar - gambar saya dan kawan -kawan semasa persembahan itu.



SANG SINGA


Saya berlakun sebagai Sang Singa dan mewakili Tadika Kemas Ayer Keroh. Kami mendapat tempat pertama. Kami mendapat hadiah. Kami mewakili daerah ke peringkat negeri. Kami sangat gembira.

Wednesday, December 24, 2008

Selamat Datang



Nama saya Muhammad Hazim Muhaimin Norazhar. Saya 7 tahun. Saya lahir di Melaka. Saya suka makan meehoon dan minum air sirap. Saya suka main bolasepak dan playstation.
Saya juga suka menonton Astro Ceria. Saya suka Ben 10, Hegemaru,Sega dan Tom - tom Bak